Aifa Af3i Islamic mobile phone, Telefon bimbit malaysia berciri Islamik Selamat Menyambut Ulangtahun kemerdekaan Malaysia ke-50.
how to buy af3i mobile phone, buy online! handphone price RM488 | harga telefon bimbit AF3i RM488

Pelaksanaan e-dagang hadapi cabaran besar

Oleh Hizral Tazzif Hisham
Sumber artikel: Berita Harian

PELAKSANAAN perdagangan elektronik membabitkan pengguna di Malaysia menghadapi cabaran besar apabila kajian dijalankan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mendapati hanya 9.3 peratus daripada pengguna ditinjau memanfaatkan internet untuk membeli-belah.

Antara barang yang dibeli menggunakan tiket perdagangan ialah tiket penerbangan, buku dan dan bahan muzik. Jumlah wang dibelanjakan juga agak rendah iaitu antara RM500 dan RM1,500 untuk membeli pelbagai barangan.

Kajian juga mendapati, pengguna internet turut berasa bimbang dengan keselamatan sistem rangkaian komputer mereka, terutama ketika melayari laman web. Antara kebimbangan mereka ialah kecurian identiti, spam dan virus sama ada virus cecacing atau trojan.

Secara umumnya, rakyat Malaysia menghabiskan masa selama sembilan jam seminggu bagi melayari internet dengan pecahan 43 peratus melayari sistem rangkaian komputer itu kurang empat jam seminggu, 24.9 peratus antara empat hingga lapan jam, 14.2 peratus (antara lapan hingga 15 jam), 5.7 peratus (antara 15 hingga 22 jam) dan 3.5 peratus antara 22 hingga 28 jam.

Ada juga pengguna internet yang melayari internet lebih dari 24 jam, iaitu 8.9 peratus daripada responden yang ditinjau melayari Internet lebih daripada 28 jam (lebih daripada sehari).

Sebahagian besar pengguna internet memanfaatkan internet pada waktu malam untuk memeriksa mel elektronik, pendidikan atau penyelidikan, mencari maklumat untuk produk dan perkhidmatan, menyertai laman sembang dan membaca akhbar atas talian.

Secara umumnya, pengguna internet boleh dikategorikan sebagai lelaki atau perempuan berumur antara 15 hingga 19 tahun. Mereka akan melayari internet pada waktu malam menggunakan talian dail (dial up) untuk memeriksa mel
elektronik atau melakukan sedikit penyelidikan untuk pelajaran atau pekerjaan mereka. Mereka berpendidikan hingga diploma dan memiliki pendapatan antara RM1,000 hingga RM3,000.

Mereka tidak membeli dengan jumlah yang besar menerusi internet kerana pembelian membabitkan tiket penerbangan, buku atau koleksi lagu dan sebahagian besar membelanjakan sekitar RM500 sebulan untuk tujuan berkenaan.

Bagi tujuan tinjauan berkenaan, sebanyak 4,925 pengguna internet ditemu duga dan ditanyakan pelbagai soalan untuk mengetahui corak penggunaan internet di Malaysia dan menyediakan data lengkap sebagai rujukan pada masa depan.

Kajian itu juga mendapati pengguna internet adalah majoritinya adalah lelaki iaitu 50.2 peratus manakala selebihnya iaitu 49.8 adalah wanita.



Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.
  • Allowed HTML tags: <a> <em> <strong> <cite> <code> <ul> <ol> <li> <dl> <dt> <dd>
  • Lines and paragraphs break automatically.
More information about formatting options
Register with AIFA mobile friends
Free WAP/GPRS download mobile contents, ringtone & wallpapers http://wap.aifa.com.my

Visit IMRA micro site...

Free Link Exchange - Directory