Aifa Af3i Islamic mobile phone, Telefon bimbit malaysia berciri Islamik Selamat Menyambut Ulangtahun kemerdekaan Malaysia ke-50.
how to buy af3i mobile phone, buy online! handphone price RM488 | harga telefon bimbit AF3i RM488

MTDC TV3 Terbit Dokumentari Winners



Oleh Nurulhisham Abdul Latiff

STESEN Televisyen TV3 dengan kerjasama Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) menerbitkan siri dokumentari 13 episod, Winners yang memaparkan inovasi beberapa syarikat tempatan bertaraf dunia. Syarikat terbabit ialah antara penerima geran dan dana yang disediakan perbadanan berkenaan.

Winners, siri dokumentari selama setengah jam ini akan mula disiarkan 5 Ogos ini, setiap Ahad, jam 11.30 malam. Saksikan kehebatan usahawan tempatan yang menjadi perintis dalam bidang sains kehidupan dan sektor bukan ICT. Melalui rakan kongsi strategik dengan MTDC segala impian menjadi kenyataan.

MTDC TV3 Terbit Dokumentari Winners

Perbadanan itu kini beroperasi sebagai pusat pembiayaan kewangan bersepadu dan satu-satunya syarikat yang memperoleh status terbabit. Ketika ini, hanya MTDC satu-satunya agensi yang dapat menyediakan bantuan kewangan yang menyeluruh daripada idea-idea makmal kepada komersailisasi penuh.

Siri ini mengupas persoalan faktor yang menjadi kunci kejayaan, di samping menyingkap rahsia kejayaan usahawan bertaraf dunia. Ia juga diharap mampu menjadi rujukan pelajar dan pelatih dalam bidang pengurusan untuk menyelesaikan masalah strategik.

Winners menyangkal tanggapan isu mentaliti subsidi dan juga paradigma zon selesa dengan membuktikan kejayaan yang bertaraf dunia bermula daripada rancangan perniagaan yang kukuh dan rakan kongsi yang strategik. Pendek kata persoalan yang diketengahkan berkisar kepada persoalan faktor yang membuatkan mereka berjaya.

Cerita disebalik kejayaan mereka ini pasti memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia bersesuaian dengan 50 tahun negara merdeka. Winners dihasilkan untuk mereka yang ingin mengetahui bidang pengurusan perniagaan, keupayaan dan cabaran dalam mencapai impian.

Siri dukomentari ini terus memaparkan peranan MTDC yang berfungsi sebagai syarikat model usaha niaga bersepadu yang peranannya untuk mengenal pasti,membiayai dan membangunkan syarikat yang berpotensi dalam bidang teknologi dan strategik.

INFO

MINGGU DAN SYARIKAT YANG DIFOKUSKAN
1.Malaysian Agri Hi-Tech Sdn.Bhd
2.Malaysian Bio Diagnostics Research Sdn,Bhd
3.Neural Manufacturing Sdn.Bhd
4.Malaysian Phosphate Additires Sdn.Bhd
5.Nora Laboratories Sdn.Bhd
6.Sri Jentayu Global Sdn.Bhd
7.Coraza Systems
8.Sipro Plastic Industries
9.IMBANGAN MESRA SDN.BHD

10.Protect Print Sdn.Bhd
11.Tacara Sdn.Bhd
12.Indes Tecnologies

*Minggu terakhir memberikan fokus kepada 12 syarikat berkenan.

Link: Keratan akhbar Berita Harian

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.
  • Allowed HTML tags: <a> <em> <strong> <cite> <code> <ul> <ol> <li> <dl> <dt> <dd>
  • Lines and paragraphs break automatically.
More information about formatting options
Register with AIFA mobile friends
Free WAP/GPRS download mobile contents, ringtone & wallpapers http://wap.aifa.com.my

Visit IMRA micro site...

Free Link Exchange - Directory