Aifa Af3i Islamic mobile phone, Telefon bimbit malaysia berciri Islamik Selamat Menyambut Ulangtahun kemerdekaan Malaysia ke-50.
how to buy af3i mobile phone, buy online! handphone price RM488 | harga telefon bimbit AF3i RM488

'Winners' singkap kejayaan usahawan tekno


Siri dokumentari 13 episod, Winners yang memaparkan inovasi beberapa syarikat tempatan bertaraf dunia
Siri Siri dokumentari 13 episod, Winners yang memaparkan inovasi beberapa syarikat tempatan bertaraf dunia


TV3 dengan kerjasama Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) menerbitkan siri dokumentari 13 episod, Winners yang memaparkan inovasi beberapa syarikat tempatan bertaraf dunia.

Syarikat-syarikat ini merupakan antara penerima geran dan dana yang disediakan oleh MTDC.

Siri dokumentari selama setengah jam ini akan mula bersiaran pada 5 Ogos ini, setiap Ahad, jam 11.30 malam dan dilihat amat sesuai untuk mereka yang ingin mengetahui bidang pengurusan perniagaan, serta kepayahan dan cabaran dalam mencapai impian.

Penonton boleh menyaksikan kehebatan usahawan tempatan yang menjadi perintis dalam bidang sains kehidupan dan sektor bukan ICT di mana melalui rakan kongsi strategik dengan MTDC segala impian menjadi kenyataan.

Siri dokumentari ini juga akan mengupas persoalan seperti faktor-faktor yang menjadi kunci kejayaan selain menyingkap rahsia kejayaan usahawan-usahawan bertaraf dunia ini.

Pelancaran siri dokumentari ini telah disempurnakan oleh Pengarah Operasi TV3, Anthony Firdauz Bujang dan Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) Azlin Alias, pagi tadi.

Kerjasama ini adalah sempena dengan sambutan 50 tahun kemerdekaan di mana Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia MTDC ingin membawa rakyat Malaysia menyaksikan kejayaannya selama pembabitannya dalam bidang pembangunan dan komersilisasi syarikat-syarikat teknologi tempatan.

Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia MTDC telah ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia pada tahun 1992 untuk menerajui pembangunan teknologi perniagaan di Malaysia.

Tumpuan utamanya adalah mempromosi dan mengkomersilkan penyelidikan tempatan dalam usaha menarik pelaburan dengan teknologi-teknologi luar.

MTDC kini beroperasi sebagai pusat pembiayaan kewangan bersepadu dan satu-satunya syarikat yang telah memperolehi status tersebut.

Kini, hanya MTDC satu-satunya agensi yang dapat menyediakan bantuan kewangan yang menyeluruh daripada ide-ide makmal kepada komersilisasi penuh.

Siri dokumentari ini juga memaparkan peranan MTDC yang berfungsi sebagai syarikat modal usaha niaga bersepadu yang peranannya untuk mengenal pasti, membiayai dan membangunkan syarikat yang berpotensi dalam bidang teknologi strategik.

Antara syarikat yang difokuskan di dalam program ini adalah Malaysian Agri Hi-Tech Sdn Bhd, Malaysian Bio Diagnostics Research Sdn Bhd, Neural Manufacturing Sdn Bhd, Malaysian Phosphate Additives Sdn Bhd, Nova Laboratories Sdn Bhd, Sri Jentayu Global Sdn Bhd, Coraza Systems, Sipro Plastic Industries Sdn Bhd, Imbangan Mesra Sdn Bhd, Protect Print Sdn Bhd, Tacara Sdn Bhd dan Indes technologies Sdn Bhd.

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.
  • Allowed HTML tags: <a> <em> <strong> <cite> <code> <ul> <ol> <li> <dl> <dt> <dd>
  • Lines and paragraphs break automatically.
More information about formatting options
Register with AIFA mobile friends
Free WAP/GPRS download mobile contents, ringtone & wallpapers http://wap.aifa.com.my

Visit IMRA micro site...

Free Link Exchange - Directory