AIFA AF3i - Telefon Bimbit Islamik

AIFA AF3i - Telefon bimbit Islamik untuk Mulimin

Telefon bimbit dengan ciri Islamik bakal memasuki pasaran Thailand pada bulan Oktober 2006. Telefon bimbit keluaran AIFA ini dilengkapi dengan MP3 al-Quran pilihan serta hadis-hadis pilihan.

Spesifikasi

Rekabentuk Bar Type
Frequensi GSM 900/1800 MHz
Memori 32MB internal +128 MB (Mini-SD)
Dimensi 104 x 41.6 x 15.5mm
Berat 88 gram
Paparan 1.5″ 65K CSTN
Masa berbual 240 minit
Masa bersedia 140 jam
Antena terbina dalam

Fungsi

Pemain MP3 & MP4
Kamera 0.3 Mega Pixel
Bahasa Malay, English
Nada dering MiDi polifonik, 40 melody
Buku telefon 500 nombor
SMS 300 mesej
Permainan Tetris, Jigsaw, Snake, Five Chess & Push Trunk.
Kit bebas tangan loud-speaker & earphone
Aplikasi Perakam suara, Kalkulator, Kalendar.
Data cable USB2.0 + Mini SD card slot

Aplikasi Islamik AF3i yang menjadikannya lain daripada yang lain ialah telefon bimbit ini didatangkan dengan Surah-surah al-Quran dan hadis-hadis pilihan.

Apa yang membuatkan Model AF3i lebih menarik adalah ia turut dilengkapi dengan fungsi kamera 0.3MegaPixel serta kemudahan memainkan rakaman video MP4. Pemain muzik MP3 turut dimuatkan dalam model terbaru AIFA terbaru ini.

Model AF3i ini mempunyai dimensi 104 x 41.6 x 15.5mm bersaiz kecil dan padat. Dilengkapi dengan frekuansi GSM 900/1800 MHz (dualband) beserta paparan transflektif CSTN 1.5″ inci 65K dan speaker 2 dalam 1. Model dengan rekabentuk ‘candy bar’ ini mempunyai antenna jenis dalaman(built-in) serta vibrator(penunjuk gegar) dengan waktu bercakap selama 240 minit, manakala sehingga 140 jam untuk waktu stand by. Keluaran terbaru AIFA ini juga turut dilengkapi dengan kad memori Mini-SD yang dihubungkan melalui kabel USB untuk membolehkan ringtone, wallpaper, video dan MP3 dipindahkan dengan mudah melalui PC.

Model terbaru AIFA ini juga turut dilengkapi dengan kemudahan menyimpan SMS & EMS sehingga 200 mesej dan 40 nada dering polyphonic, MIDI dan WAV. Para pengguna juga boleh merekodkan suara dalam bentuk voice recording di samping kemudahan speed dialer dan juga bebas tangan. Telefon bimbit ini boleh memuatkan sehingga 500 nama di dalam sim dan juga di dalam memori dalamannya.

Model AF3i ini didatangkan bersama travel charger, USB data cable (optional), Mini SD card (optional), portable stereo earphone serta buku panduan.

0 Responses to “AIFA AF3i - Telefon Bimbit Islamik”


  1. No Comments

Leave a Reply